Update by : *aura*
Sessi Jun 2003
Update On : 30 Jun 2003
Tajuk Berita

2 hingga 4 Jun 2003   -   Pihak KTMB Sdn. Bhd telah mengadakan temuduga ke atas pelatih - pelatih IKM Semester 3 bagi jurusan yang berkaitan. Antaranya ialah Kursus Tek. Kej. Automotif (Jentera Berat), Tek. Kej. Mekanikal, Tek. Kej. Elektrik Domestik dan Industri, Tek. Kej. Elektrik Penjaga Jentera. Ia diadakan di Bilik Mesyuarat IKM jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

3 hingga 7 Jun 2003   -  MARA telah menganjurkan SAMBUTAN HARI PENDIDIK MARA dan PERSIDANGAN PENDIDIKAN MARA 2003 yang diadakan di HOTEL PUTRA PALACE Kangar, Perlis Indra Kayangan. Wakil IKM yang turut serta iaitu En. Saharuddin bin Abdul Hamid, Pn. Zaiton binti Othman, En. Mohamad Latif bin Mastan dan En. Hamzah bin Johari manakala En. Md. Nasir bin Tohalus @ Abd. Rahman penerima anugerah PENDIDIK INOVATIF. Tahniah diucapkan. Mereka menaiki Van IKM Jasin pada 3 Jun 2003 jam 8.30 pagi.
 

6 Jun hingga 7 Julai 2003   -  Pihak IKM telah menjadi tempat Latihan Asas Rekrut Askar Wataniah dari semua anggota Askar Wataniah antaranya KYPM. Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan stamina dan semangat juang kepada NEGARA.
 

9 Jun 2003   -    Pihak BAKS IKM  telah menganjurkan Majlis Persaraan bagi Kakitangan yang akan bersara pada tahun ini dan Sambutan Harilahir bagi kakitangan yang menyambutnya pada bulan Mei dan Jun. Kakitangan yang akan bersara antaranya Tuan Haji Zainol Hashim bin Ibrahim Baba pada 13 Jun 2003 , En. Kamarulzaman bin Budin pada 6 Oktober 2003, En. Kamis bin Ujang pada bulan Julai, En. Hashim bin Md. Zin pada bulan Disember dan Tuan Hj. Yahaya bin Ismail pada bulan Ogos.2003. Bagi mereka yang telah dan akan bersara pihak IKM mengucapkan Terima Kasih atas Jasa yang telah ditaburkan kepada Anak -anak Melayu dengan penuh tanggungjawab dan JASAMU TETAP DIKENANG. Moga segalanya dibalas oleh ALLAH S.W.T.
            Manakala bagi mereka yang menyambut Harilahir didoakan moga dilanjutkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah dari ALLAH S.W.T.

19 Jun 2003   -    Kursus Teknologi BaikPulih Badan Kenderaan telah menerima pelawat dari pelajar MRSM Jasin yang diketuai oleh Guru Pengiring Tuan Hj. Ibrahim dan beberapa orang Guru. En. Zakaria bin Mat Saman telah memberi penerangan kepada mereka tentang kaedah dan teknik membaikpulih badan kenderaan yang betul dengan dibantu rakan sekursus beliau. Seramai 100 orang pelajar telah melawat pameran dan penerangan tersebut. Tujuan lawatan ini adalah untuk topik kemahiran hidup dalam pembelajaran mereka. 
 

 

13 Jun 2003   -    Perhimpunan Akhir Semester pada jam 9.00 pagi telah diadakan di Dewan Besar IKM. Didalam sesi perhimpunan tersebut Pengetua mengucapkan Selamat bercuti dan Selamat menamatkan latihan di IKM bagi pelatih Semester 3.
      Pengetua berharap semua pelatih dapat melakukan kerja yang berfaedah sepanjang bercuti dan memikirkan semula tingkahlaku semasa dalam sesi pembelajaran. Semoga ada perubahan yang akan dilakukan pada semester akan datang ini.
      Bagi pelatih yang akan menamatkan latihan diminta dapat mendaftar alumni IKM Jasin. 
.
13 - 18 Jun 2003  - Pelatih Peringkat Sijil telah mewakili IKM Jasin ke IKM Besut sempena Majlis Nadwa Islamiyah Peringkat Sijil IKM Se-Malaysia kali ke 3. Guru Pengiring Ustazah NorAzilawati dan Ustaz Jamaluddin.
.
16 Jun 2003   -    Pendaftaran Pelatih Baru Diploma mula telah bermula bagi sesi Jun 2003. Seramai 20 orang telah mendaftar. Selamat Datang dan TAHNIAH kerana menjadi salah seorang warga IKM.
.

.